Friday, October 19, 2012

Erti Gerak

Gerak Muafakat ialah satu inisiatif untuk mengajak orang ramai untuk menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan urusan jualbeli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan.
Matlamat pergerakkan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli.
Sasaran permulaan pergerakkan ini ialah mereka yang ingin memiliki barangan atau perkhidmatan yang tidak terlalu tinggi harganya dengan membayar secara tunai.

Kategori kedua ialah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman untuk membeli sesuatu yang lebih mahal atau memulakan perniagaan kecil disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti:
1.       Telah disenaraihitam,
2.       Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP.
3.       Telah melebihi had untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.
Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini? Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.
Gerak Muafakat ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.
Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan kelab kelab on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi.
Sistem induk yang ditubuhkan ialah kelab pengguna Dynadollars.net.
Sistem hanya mengenakan bayaran keahlian sebanyak RM50.00 sekali sahaja untuk ahli biasa mencari sumber pendapatan sampingan dan RM300 untuk pakej Usahawan di mana para Usahawan akan di berikan webblog atas nama sendiri dengan tujuan untuk mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan dan lagi ianya di teruskan dengan mengenalkan rakan-rakan yang juga pengguna atas sesuatu barangan atau perkhidmatan atau para usahawan.

 mereka yang anda jemput menyertai anda akan bukan saja merupakan jaringan anda sendiri malahan setelah nama-nama mereka anda daftarkan anda akan menerima bayaran serta merta.
Beberapa kelab  yang berasaskan aktiviti kemasyarakatan  telah menggunakan model ini dengan jayanya untuk membesarkan jaringan keahlian mereka seperti kelab jom-motor, kelab jom-gunung,kelab peminat barangan kemas dan beberapa yang lain.

Dalam erti kata lain, Gerak Muafakat memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi iaitu menubuhkan sebuah koperasi yang membolehkan ahli-ahlinya memiliki rumah tanpa perlu meminjam.

Bayangkan, secara berperingkat, anda bermula dengan membayar yuran keahlian untuk sekali sahaja seumur hidup anda kemudiannya boleh memiliki komputer peribadi motosikal, kereta,dan rumah kediaman serta mampu  menghantar anak belajar di peringkat paling tinggi dengan tidak meminjam Semuanya dengan kekuatan bermuafakat yang tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan.
Bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, banyak artikel yang terdapat di Internet yang membincangkan topik ini sehingga kini dijadikan bahan kajian untuk mahasiswa di peringkat sarjana di Presidio Graduate School's MBA program. Antara tajuk yang digunakan ialah Gifting, Collaborative Consumption dan Sharing Economy. Lynn Twist dalam bukunya Soul of Money juga banyak memperkatakan tentang isu permuafakatan ini.

                                      

Pautan


“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”